SG LASIR, TASIK KENYIR-17 & 18 Dis-

🔲Pengurusan HTK & Koperasi HTK Trg Bhd dgn kerjasama FK FACE LPPKN Trg telah mengadakan Program SmartStart- 2nd Honeymoon utk 20 pasang suami isteri yg terdiri dari ahli Koperasi HTK dan pemain industri pelancongan kg bagi memastikan hubungan suami isteri terus intim, anak gembira dlm melahirkan kesejahteraan keluarga.

🔲Pelbagai aktiviti menarik dijalankan oleh Pegawai LPPKN berdasarkan Modul yg disediakan oleh KPWK.
🔲Aktiviti menyediakan makanan utk bengkel dimasak secara gotong royong melibatkan suami isteri.
🔲Harapan Pengurusan HTK & Koperasi HTK agar kesejahteraan keluarga dpt meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah anak ahli.









SG LASIR, TASIK KENYIR, 18 Dis-


◾Koperasi HTK,Jiran Muda KRT TK & MAYC TK dgn kerjasama Institut Koperasi Malaysia Zon Timur & Jab Penerangan Trg telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Belia Koperasi selama 2H1M di Houseboat Tasik Kenyir. 
◾IKM telah menyediakan Modul utk 25 ahli muda koperasi HTK utk mengenali lebih dekat dan minat terhadap koperasi yg selama ini diusahakan oleh warga2 emas. 
◾Selepas bengkel nanti, mereka akan diletak dlm JK Unit projek2 kecil Koperasi utk memberi pengalaman dlm gerak kerja koperasi.
◾Mereka telah mula menabung RM10.00 sebulan sejak Jan 2020 sebagai tambahan saham mereka dikoperasi dgn harapan mereka belajar menabung dan berhemah dlm perbelanjaan harian. 
◾Mereka juga diberi pendedahan Norma Baharu Kehidupan Pasca Covid oleh Jab Penerangan Trg.
◾Harapan IKM,Koperasi HTK & KRT TK agar mereka bersedia utk mengambil alih kepimpinan koperasi menjelang 2025.In Shaa Allah.








TELUK KETAPANG, 7 Dis-

🤲Koperasi HTK Trg Bhd & Pengurusan HTK merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kpd semua penderma utk Tabung CSR HTK ke 3 bagi keluarga B40 dan Asnaf yg terkesan akibat Pandemik Covid-19.🤲Terima kasih kpd MEQ NOR KITCHEN N9,TY HOTEL BATU BURUK, RESTORAN UMMI NASI KUKUS,KUGANU,RESTORAN TOK MI SELERA KG, PESARA GURU SMK BT TUNGGAL,PASAR MINI SULIZA, PESARA MPMK JB(79/80) & USAHAWANITA TK. 🤲Seramai 25 keluarga dari 10 buah kg sekitar yg telah dikenalpasti layak menerima. 🤲Setiap keluarga menerima barang keperluan dapur bernilai RM120-RM200 bergantung kpd saiz keluarga.
#KOPERASIHOMESTAYTEUKKETAPANGTRGBHD
#HOMESTAYTELUK(INAPDESA)TELUKKTPG


TELUK KETAPANG, 5 Dis-

◾Pengurusan Koperasi HTK & Homestay TK bersama LPPKN Trg telah mengadakan Mesy Jkuasa PELAKSANA & Pelantikan Tugas kpd semua ahli yg hadir utk persiapan Program di Houseboat Tasik Kenyir yg melibatkan 6 buah Houseboat pd 17-18 Dis 2020.◾Houseboat 1- Pengenalan Koperasi utk ahli muda Koperasi HTK(JIRAN MUDA) oleh IKM Kuantan/KRT/MAYC. ◾Houseboat 2-Pengenalan Asas Kaunseling utk SEJADI/KPIBK/KSIB & Ngos oleh Datuk Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din & PIBG SMKIF. ◾Houseboat 3 &.4- Bengkel Smartstart-2nd Honeymoon oleh LPPKN Trg dan KRT TK/MAYC. ◾Houseboat 5-Bengkel Hala Tuju Seni Budaya & Warisan oleh PKKDKN. ◾Houseboat 6- Sembang Santai Hala Tuju pelancongan Daerah Kuala Nerus bersama MKHA dan pengusaha Inap Desa. ◾Jabatan Penerangan & MKN akan memberi panduan Norma Baharu dlm menghadapi Pandemik Covid kpd semua houseboat. ◾Terima kasih kpd Pegawai Daerah Kuala Nerus dan Pengarah IKM atas program bersama serta sokongan dan dokongan bagi menjayakan program yg besar utk kemajuan Kuala Nerus.


KONTI PESONAFM, PUSAT KESENIAN DAN WARISAN UNISZA, 6 Dis-

🔳Pengerusi HTK & Setiausaha Koperasi HTK Trg Bhd dijemput utk berwancara dlm Sembang Seni Bersama Anis di siaran Pesonafm, saluran baharu utk masyarakat. 🔲 Pendengar seluruh Trg dan Malaysia boleh melayari melalui Desktop,pengguna Android, iphone atau Apple melalui link yg disediakan.🔲HTK berpeluang utk mencerita apa itu pengalaman Homestay(INAP DESA) dan peranan koperasi dlm membangunkan Community Based Tourism(CBT) utk kesejahteraan rakyat.🔳Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan Daerah(MTPPD) Kuala Nerus juga sedang menyusun atur dgn Pesonafm utk memberi peluang kpd semua penggiat pelancongan,aktivis kebudayaan, aktivis seni warisan,Lambo Sari,Gasing,Ayam Serame, Ikan Beta, sukan extreme dll dlm daerah Kuala Nerus utk berwancara dlm Segmen Sembang Seni Bersama Anis setiap minggu menjelang 2021 bagi mempromosi kpd seluruh masyarakat Trg dan Malaysia utk datang ke Kuala Nerus.
#MajlisTindakanPembangunanPelanconganKualaNerus
#Homestay(InapDesa)TelukKetapang
#KoperasiHomestayTelukKetapangTrgBhd


UNIVERSITI MALAYSIA TRG(UMT),4 Dis-

🔲Pengurusan HTK & Koperasi HTK telah menerima undangan utk Sesi Pengenalan Inap Desa & Community Based Tourism(CBT) dlm program Industry In The Classroom di aplikasi Webex UMT selama 2 jam. 🤲Turut hadir dlm program ini Pengerusi Koperasi HTK, Pengurus Operasi HTK dan Pengurus Lambo Sari HTK. 🤲Seramai 690 pljr seluruh Malaysia menyertai & berpeluang utk mengenali lebih dekat secara maya konsep Homestay(Inap Desa) Teluk Ketapang,Kg Stay,CBT,peranan koperasi dlm CBT dan Aktiviti warisan nenek moyang di Lambo Sari HTK. 🤲Melalui program Industri In The Classroom diharap jati diri dan semangat cintakan negara dpt dihayati.
Homestay(InapDesa)Tlkketapang
KoperasiHtkTrgBhd



SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, 22 Nov-


🤲Musim PKPB,PIBG SMKIF telah memohon bantuan CSR Homestay TK utk ahli PIBG golongan B40 bagi mendapatkan bantuan barang keperluan dapur.
1 wanita OKU suami hilang pekerjaan, 1 ibu tunggal tidak dpt bekerja kedai makan anak 3 kerana kemalangan, 1 keluarga anak 5 suami dipenjara kes dadah.2 keluarga faktor miskin bandar dan 1 keluarga suami meninggal.
🤲Setiap keluarga yg telah dikenalpasti oleh Setiausaha PIBG diberi bantuan RM150.00 oleh HTK.
🤲Program CSR HTK & Koperasi HTK diharap dpt membantu PIBG dlm menjaga kebajikan ahli yg memerlukan pertolongan musim Covid ini agar pembelajaran anak dirumah secara online/whatsApp dgn guru tidak terganggu.


PibgSmkIbrahimFikri
HomestayTelukKetapang
KoperasiHomestayTelukKetapang







TELUK KETAPANG, 25 Nov-


🤲Pengarah SKM Trg telah mengadakan lawatan singkat dan temubual penglibatan koperasi dlm perniagaan online di Malaysia dgn Pengerusi, Setiausaha & Bendahari Koperasi Homestay Telok Ketapang Terengganu Berhad selain utk mengetahui status perniagaan koperasi khususnya berhubung pelancongan homestay, van,lori, Lambo Sari dan lain2 kesan kpd pandemik Covid-19.
🤲Koperasi HTK Trg Bhd merakamkan ucapan terima kasih kpd Pengarah SKM atas geran bantuan tunai sebanyak 2 kali berjumlah RM12,000.00 bagi membantu koperasi utk mengatasi masalah yg dihadapi dan bantuan utk promosi pelancong domestik.
🤲Pengarah SKM juga merakamkan ucapan terima kasih kpd Pengarah Motac atas geran bantuan homestay yg dpt dimanafaatkan koperasi utk bilik operasi pejabat.


KoperasiHomestayTelukKetapangTrgBhd
Homestay(InapDesa)TelukKetapang