TELUK KETAPANG, 2 Nov -
🔲 Pengurusan Homestay TK telah mengadakan Round Table Talk(RTD) bersama semua staf/unit utk semak semula aktiviti dan program Nov & Dis 2020.Turut hadir Pengerusi Koperasi HTK.
🔹Program Homestay Politeknik Metro Kuantan 3H2M dan A Day Trip Politeknik HT ditunda atas faktor Covid-19.
🔹Koop HTK telah berjaya dlm temuduga program Co-operative Digital Empowerment(CODE) bersama 14 koperasi lain seluruh Malaysia.IKM akan pantau selama 9 bulan.
🔹Bengkel Makanan Sihat & Aspek Undang2 anjuran bersama UMT akan diadakan di Rumah Tamu HTK
🔹Bantuan RM20K oleh Motac utk kemudahan Homestay adalah spt berikut: RM18,000.00(bangunan), RM1500.00(penghawa dingin)
RM500.00(Almari pakaian).Kekurangan kos jika ada utk almari pakaian dibayar oleh koperasi HTK.
🔹Tugu SELAMAT DATANG HTK ditepi jalan utama kg yg telah pudar akan diganti yg baharu serta hiasan pokok.
🔹Label Selamat Datang Lambo Sari secara tradisional akan dibina secara gotong royong utk memastikan keunikan warisan kekal.
🔹50 pengusaha dan pemain industri homestay yg sudah berkahwin akan menyertai Bengkel Smart Start-2nd Honeymoon di Houseboat, Tasik Kenyir pada 16-17 Dis utk memastikan kesejahteraan keluarga kalangan ahli koop HTK.
🔹25 pemain industri pelancongan kg yg muda juga dihantar ke Houseboat, Tasik Kenyir utk mendalami aspek pelancongan, kepimpinan dan Community Based Tourism(CBT).
🔹Terima kasih kpd YB Dato Ahli Parlimen KN atas bantuan pembelian komputer & printer utk gerak kerja memajukan pelancongan kg.
🔹Perjumpaan dgn pengusaha2 Kg Stay utk kemaskini Payment Gateway melalui koperasi oleh pelanggan.
🔹Permohonan utk Sijil Kg Stay oleh 12 ahli homestay yg telah mohon akan dimaklum oleh MKHA dan MTC.
🔹Lawatan kerja ke mini dewan Homestay Kg Duyung yg terbengkalai akan diadakan pd 6 Nov 2020.
Homestay(InapDesa)TelukKetapang
KoperasiHomestayTelukKetapang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan